Jumaat, 16 Disember 2011

25 PESANAN KEPADA ANAK 1) Hai anakku: "Ketahuilah, sesungguhnya dunia ini... Bagaikan lautan yang dalam... Banyak manusia yang karam ke dalamnya... Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam... Layarilah lautan itu dengan... SAMPAN yang bernama TAKWA... ISInya ialah IMAN dan... LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH." 02)- " Orang-orang yang sentiasa... Menyediakan dirinya untuk menerima nasihat... Maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH... Orang yang insaf dan sedar... Setelah menerima nasihat orang lain... Dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga. 03) Hai anakku; " Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri... Dalam beribadat dan taat kepada ALLAH... Maka dia tawadduk kepada ALLAH... Dia akan lebih dekat kepada ALLAH... Dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH." 04) Hai anakku; " Seandainya ibubapamu marah kepadamu... Kerana kesilapan yang dilakukanmu... Maka marahnya ibubapamu adalah... Bagaikan baja bagi tanam tanaman." 05)- " Jauhkan dirimu dari berhutang... Kerana sesungguhnya berhutang itu.... Boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang... Dan gelisah di waktu malam."... 06)- "Dan selalulah berharap kepada ALLAH... Tentang sesuatu yang menyebabkan... Untuk tidak menderhakai ALLAH... Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( takwa )... Tentulah engkau akan terlepas... Dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH." 07)- Hai anakku; " Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya... Kerana tidak dipercayai orang... Dan seorang yang telah rosak akhlaknya... Akan sentiasa banyak mengelamunkan hal-hal yang tidak benar... Ketahuilah... Memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu... Lebih mudah daripada memberi pengertian... Kepada orang yang tidak mahu mengerti..." 08)- Hai anakku; " Engkau telah merasakan betapa beratnya... Mengangkat batu besar dan besi yang amat berat... Tetapi akan lebih lagi daripada semua itu... Adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.... 09)- Hai anakku; " Janganlah engkau mengirimkan... Orang yang bodoh sebagai utusan.... Maka bila tidak ada orang yang cerdik... Sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan...." 10)- "Jauhilah bersifat dusta... Sebab dusta itu mudah dilakukan... Bagaikan memakan daging burung... Padahal sedikit sahaja berdusta itu... Telah memberikan akibat yang berbahaya..." 11)- Hai anakku; " Bila engkau mempunyai dua pilihan... Takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan... Pilihlah untuk menziarahi orang mati... Sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat... Sedangkan menghadiri pesta perkahwinan... Hanya mengingatkan dirimu... Kepada kesenangan duniawi sahaja...." 12)- " Janganlah engkau makan... Sampai kenyang yang berlebihan... Kerana sesungguhnya... Makan yang terlalu kenyang itu... Adalah lebih baiknya... Bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.... " 13)- Hai anakku; " Janganlah engkau langsung menelan sahaja... Kerana manisnya barang... Dan janganlah langsung memuntahkan saja... Pahitnya sesuatu barang itu... Kerana manis belum tentu... Menimbulkan kesegaran... Dan pahit itu... Belum tentu menimbulkan kesengsaraan...." 14)- " Makanlah makananmu... Bersama-sama dengan orang-orang yang takwa... Dan musyawarahlah urusanmu... Dengan para alim ulamak... Dengan cara meminta nasihat dari mereka..." 15)- Hai anakku; " Bukanlah satu kebaikan namanya... Bilamana engkau selalu mencari ilmu... Tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya... Hal itu tidak ubah bagaikan... Orang yang mencari kayu bakar... Maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya... Padahal ia masih mahu menambahkannya...." 16)- Hai anakku; " Bilamana engkau mahu mencari kawan sejati... Maka ujilah terlebih dahulu... Dengan berpura-pura membuat dia marah... Bilamana dalam kemarahan itu... Dia masih berusaha menginsafkan kamu... Maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan... Bila tidak demikian, maka berhati hatilah...." 17)- " Selalulah baik tutur katamu... Dan halus budi bahasamu... Serta manis wajahmu... Dengan demikian... Engkau akan disukai orang... Melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain... Yang pernah memberikan barang yang berharga...." 18)- Hai anakku; " Bila engkau berteman... Tempatkanlah dirimu padanya... Sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya... Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu...." 19)- " Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku... Sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian... Atau mengharap sanjungan orang lain... Kerana itu adalah sifat riya'~ Yang akan mendatangkan cela pada dirimu..." 20)- Hai anakku; " Janganlah engkau condong kepada urusan dunia... Dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja... Kerana engkau diciptakan ALLAH... Bukanlah untuk dunia sahaja.... Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina... Daripada orang yang terpedaya dengan dunianya..." 21)- Hai anakku; " Usahakanlah agar mulutmu... Jangan mengeluarkan kata kata... Yang busuk dan kotor serta kasar... Kerana engkau... Akan lebih selamat bila berdiam diri.... Kalau berbicara... Usahakanlah agar bicaramu... Mendatangkan manfaat bagi orang lain...." 22)- Hai anakku; " Janganlah engkau mudah ketawa... Kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan.... Janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti..... Janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu... Janganlah mensia-siakan hartamu...." 23)- " Barang sesiapa yang penyayang... Tentu akan disayangi... Sesiapa yang pendiam... Akan selamat daripada berkata... Yang mengandungi racun... Dan... Sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya... Dari berkata kotor tentu akan menyesal...." 24)- Hai anakku; " Bergaullah rapat... Dengan orang yang alim lagi berilmu.... Perhatikanlah kata nasihatnya.... Kerana sesungguhnya... Sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya... Hiduplah hati ini... Dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya... Bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan...." 25)- Hai anakku; " Ambillah harta dunia... Sekadar keperluanmu sahaja... Dan nafkahkanlah yang selebihnya... Untuk bekalan akhiratmu.... Jangan engkau tendang dunia ini... Ke keranjang atau bakul sampah.... Kerana nanti engkau akan menjadi pengemis... Yang membuat beban orang lain.... Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini... Serta meneguk habis airnya... Kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.... Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka... Kelak akan membinasakan dirimu...." -petikan asal menyatakan ini 25 pesanan luqmanul hakim

Ahad, 16 Oktober 2011

Marilah Berwuduk

wudhu'

Mari Bersolat

Mulakan Dengan Bismillah

10 MALAIKAT

RUKUN IMAN

SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU.flv

Adab Berguru.wmv

Adab terhadap Ibu Bapa

akrab persahabatan_0001.wmv

Isnin, 10 Oktober 2011

ADAB

ADAB SEMASA BELAJAR DI BILIK KELAS. 1. Tingkahlaku Pelajar. • Pelajar harus mengucapkan “Selamat Pagi/Petang” kepada guru semasa guru masuk dalam kelas. • Pelajar mengucapkan “Terima kasih Cikgu” semasa guru keluar dari kelas. • Mengamalkan amalan mengucapan terima kasih setelah menerima sesuatu daripada guru dan rakan. • Mengamalkan amalan memohon maaf kepada guru dan rakan jika membuat kesilapan.. • Meminta kebenaran daripada guru yang mengajar jika ingin keluar dari kelas. • Pelajar yang ingin masuk semula atau ingin membuat pegumuman dari kelas ke kelas harus mengetuk pintu dan meminta izin untuk masuk daripada guru yang mengajar pada waktu tersebut. • Pelajar harus menumpukan penuh perhatian semasa guru mengajar. • Harus mematuhi segala arahan daripada guru semasa dalam kelas. • Pelajar harus mengangkat tangan untuk mengambil perhatian guru sebelum menanyakan soalan atau meminta penerangangan lebih lanjut. • Pelajar dilarang menyampuk atau menganggu semasa guru mengajar. • Pelajar harus menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan oleh guru kepadanya dengan penuh hormat dan tanggungjawab. • Pelajar harus sentiasa berkerjasama dengan pelajar lain untuk memastikan keadaan kelas bersih, ceria dan kondusif untuk P&P dijalankan. • Setiap pelajar harus bertanggungjawab menjaga keselamatan harta benda diri, pelajar lain dan juga harta benda sekolah dalam kelas. • Pelajar harus membuat kerja sendiri secara senyap semasa ketiadaan guru. • Pelajar juga harus menghormati dan mematuhi arahan guru pengganti semasa guru mata pelajaran tiada dalam kelas. • Pelajar dilarang keluar ke tandas atau tempat lain pada pertukaran waktu kecuali dengan kebenaran guru. • Pelajar yang lewat masuk ke kelas harus meminta kebenaran daripada guru sebelum masuk untuk pelajaran seterusnya. • Jika kelas perlu ke makmal, bengkel atau perpustakaan, pelajar harus berbaris dan bergerak bersama ke tempat berkenaan tanpa menganggu kelas-kelas lain. 2. Tingkahlaku Guru. • Guru tidak boleh menghina mana-mana pelajar. • Guru tidak boleh menjatuh maruah pelajar dengan kata-kata kesat atau sinis di depan pelajar lain. • Guru harus sentiasa menunjukkan contoh dan teladan baik kepada pelajar dengan menunjukkan tingkahlaku serta gaya yang baik. • Guru harus sentiasa menggalakkan pelajarnya mencapai kecemerlangan dengan memberi kata-kata puji atau memberi galakkan dan motivasi. • Guru sentiasa memberi peluang untuk pelajar membela diri jika beliau dituduh melakukan kesalahan. • Guru harus bertindak segera dan menyiasat segala aduan yang dibuat oleh pelajar. • Guru harus menyiasat dan bertindak secara adil terhadap pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan. ADAB KEPADA GURU. 1.Tingkahlaku Pelajar. • Pelajar harus menghormati semua guru sama ada guru sesi pagi atau guru sesi petang. • Pelajar harus mengucakan serlamat pagi/tengahari atau petang jika terserempak dengan guru di mana-mana sahaja. • Seiap pelajar harus menganggap guru sebagai ibu bapa mereka dan memberi layanan seperti mana mereka melayani ibu bapa mereka sendiri. • Guru yang masuk kelas, sama ada guru mata pelajaran atau guru gantian harus dipatuhi, dihormati dan dilayani sepertimana mereka melayani guru kelas masing-masing. • Setiap pelajar harus menerima apa jua teguran dan nasihat guru . • Kawasan Bilik Guru, Pejabat dan bilik-bilik khas adalah kawasan larangan dan kemasukkan pelajar ke kawasan ini hanya dibenarkan jika mendapat izin daripada guru. • Pelajar tidak bolek masuk ke pejabat atau bilik guru jika pada waktu itu tiada guru di dalamnya. • Jika pelajar disuruh mengambil sesuatu daripada meja guru di bilik guru, dia harus memberitahu guru-guru lain dalam bilik siapa yang menyuruhnya berbuat demikian. • Semua pelajar harus bantu menjaga harta benda sekolah dan harta guru merka. • Pelajar harus meminta kebenaran guru yang mengajar jika ingin keluar daripada kelas. Untuk itu, guru akan memberi pas keluar kelas kepada pelajar berkenaan. • Pelajar harus mengetuk pintu dan minta izin daripada guru yang mengajar jika ingin masuk ke dalam kelas semula. • Semasa P&P dijalankan, pelajar harus mematuhi segala arahan guru dan buat kerja secara senyap. • Jika pelajar inginkan guru memberi penjelasan lanjut, beliau harus mengetuk meja atau mengangkat tangan sebelah dahulu untuk mengambil perhatian guru berkenaan sebelum mengajukan komen atau pertanyaan. • Pelajar tidak boleh menyampuk, mengumpat atau mengeluarkan kata-kata kesat . ADAB KEPADA IBUBAPA. 1. Tingkahlaku Pelajar. Setiap pelajar harus menghormati dan mentaati ibubapa mereka. • Pelajar harus mendapat kebenaran ibubapa mereka jika ingin keluar dan mengambil bahagian dalam aktiviti di luar kawasan sekolah. • Pelajar juga harus memberitahu ibubapa atau penjaga mereka tentang polisi, peraturan dan kehendak sekolah seperti jadual waktu, buku teks dan mata pelajaran yang diajar. • Pelajar harus menunjukkan laporan kemajuan akademik mereka kepada ibubapa mereka.pada penghujung setiap semester. Semua buku laporan harus ditandatangani oleh ibu bapa mereka sendiri. • Pelajar harus melayan mana-mana ibu bapa yang datang ke sekolah dengan hormat dan berbudi bahasa serta memberi bantuan seperti mana mereka mahu ibu bapa mereka sendiri dilayan oleh orang lain. • Pelajar tidak boleh memfitnah, mengkritik , mengeluarkan kata-kata kesat atau menyebar khabar angin yang boleh menjatuhkan maruah dan integriti ibubapa pelajar lain. ADAB SESAMA RAKAN. • Setiap pelajar harus menganggap pelajar lain sebagai saudara sendiri dan memberi layanan sepatutnya sesuai dengan peringkat umur mereka. • Pelajar harus mengelakkan daripada menaruh perasaan hasad dengki dengan pelajar lain. Sebarang masalah harus dirujuk kepada guru dan pihak pentadbir sekolah agar dapat diselesaikan secara adil dan saksama. • Pelajar harus mengamalkan amalan bertegur sapa dan berbudi bahasa sesama sendiri. • Pelajar harus menunjukkan wajah ceria di kawasan sekolah. • Pelajar harus menghormati budaya dan agama pelajar lain. • Pelajar harus peka terhadap sifat kelainan setiap individu dan menghormati perbezaan ini. • Pelajar harus peka dan sedar tentang hak orang lain dan sentiasa menghormatinya. • Menjaga keselamatan diri dan orang lain serta harta benda mereka adalah tanggungjawab semua orang termasuk pelajar. Setiap pelajar haruslah melaporkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kepada pihak sekolah. • Pelajar harus meminta maaf sekiranya telah melakukan kesilapan sehingga menyinggung perasaan pelajar lain. Dia harus berani mengaku kesalahan dan kelemahan diri. • Pelajar harus sentiasa berkerjasama dengan semua pihak di sekolah terutama dalam penjagaan kebersihan, keselamatan dan keceriaan dalam kawasan sekolah. • Mengejek, mengumpat, menyumpah, menghina serta mengeluarkan kata-kata kesat dengan tujuan menjatuhkan maruah dan integriti pelajar lain adalah dilarang sama sekali.

Sabtu, 24 September 2011

Ibu mithali,isteri sejati....

alt

Ibu mithali adalah satu gelaran yang mulia dan tahap yang paling tinggi yang boleh
di capai oleh para ibu yang mengikut segala suruhan Allah dan Rasulnya dengan
seikhlas hatinya dan sanggup  mengorbankan dirinya untuk mendidik, menghasilkan
 anak-anak yang soleh dan solehah. Bukan anugerah dan kata-kata pujian dari manusia
yang di harapkan tetapi keredhaan dari Allah itulah yang paling utama.
Ibu Adalah Pendidik
Seseorang pendidik keluarga seharusnya memfokuskan diri pada aspek-aspek
tertentu seperti :
  1. Berdoa memohon keredhaan Allah
  2. Mengistiqamahkan sunnah dan penghayatan Islam dalam rumahtangga
  3. Membersihkan hati dan pemikiran
  4. Membina kebahagiaan secara proaktif
  5. Mendidik diri sendiri
  6. Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan berkesan berdasarkan 
  7. Al-Mawaddah (berkasih sayang)
  8.  dan Ar-Rahman (kasih-mengasihani)
  9. Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul
  10. Mengamalkan suasana persekitaran yang kondusif dan merangsang dalam rumahtangga
  11. Membina rumahtangga berasaskan Al-Muiasyarah Bil Makruf (pergaulan dan
  12.  hidup bersama secara baik dan di redhai Allah)
  13. Pembangunan fizikal dan kesihatan
  14. Muhasabah diri
Adakah kita telah berjaya melaksanakan kesemua 11 aspek ini atau hanya separuh daripadanya
 sahaja. Jika anda telah berjaya, anda patut bangga. Namun begitu ia masih tidak mencukupi lagi,
 ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan lagi untuk
 mencapai IBU MITHALI ISTERI SEJATI.
Seorang ibu dan isteri positif mesti mempunyai 9 sikap mental iaitu :
  1. Positif Terhadap Perubahan
  2. Positif Terhadap Diri Sendiri
  3. Positif Terhadap Kepimpinan
  4. Positif Terhadap Masalah
  5. Positif Terhadap Orang Lain
  6. Positif Terhadap Keadaan Emosi
  7. Positif Terhadap Idea Kreatif
  8. Positif Terhadap Membuat Keputusan
  9. Positif Terhadap Qada Dan Qadar
Antara petua untuk menjadi ibu mithali :
  • Analisis diri daripada pandangan anak
  • Sedari dan fahami perbezaan anak daripada segi fizikal dan emosi
  • Bercakap benar
  • Kotakan kata-kata
  • Didik anak mengenai kemahiran sosial
  • Gunakan masa jitu untuk mengajar
  • Wujudkan suasana positif lebih dari negatif
  • Gunakan belaian positif dalam rumah tangga
  • Padam rekod negatif dalam pemikiran anak
  • Melatih anak berfikir
  • Dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman
  • Tunjukkan contoh sihat dalam rumah tangga
  • Memimpin anak menyempurnakan ibadah umum dan khusus
  • Hidupkan sunnah dalam rumah tangga
  • Sentiasa berdoa mendapatkan bantuan dan rahmat Allah
  • Mengenal pasti potensi anak dan menyerlahkannya.
Menjadi seorang ibu mithali bukanlah mudah. Mereka mempunyai pelbagai peranan
 dalam rumah tangga. Antaranya ialah :
  • Pendidik keluarga
  • Pemimpin kedua dalam segala hal berkaitan dengan rumah tangga
  • Penasihat
  • Doktor dan jururawat
  • Mendisiplinkan anak-anak
  • Kawan atau sahabat
  • Penyelesai masalah
  • Merangsang perkembangan mental anak-anak
  • Mengawal perkembangan dan tingkah laku anak
  • Model pada anak-anak
  • Mendoakan kejayaan anak di dunia dan akhirat
  • Mengawal ekonomi rumah tanggaMenjaga harta suami dan keluarga
Selain daripada itu terdapat 13 prinsip ibu mithali yang perlu dicontohi iaitu :-
  1. Ibu menyerlahkan keunikan sendiri
  2. Tidak berebut kuasa dengan anak-anak
  3. Memahami teknik memuji dan mengkritik anak
  4. Bersangka positif terhadap kebolehan dan kecemerlangan setiap anak
  5. Mendidik anak berdikari
  6. Mempunyai nilai diri tinggi
  7. Bersedia meminta maaf daripada anak-anak
  8. Bertindak secara jamaah
  9. Mengorbankan kepentingan peribadi
  10. Memberi perhatian rapi terhadap setiap kegiatan yang dijalankan
  11. Meneroka dan merangsang potensi anak
  12. Sentiasa meningkatkan diri daripada segi keterampilan keibubapaan
  13. Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga.
Kesimpulannya untuk menjadi seorang ibu yang baik mungkin kita boleh mencapainya
tetapi untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang cemerlang, kita perlu mendalami ilmu
keisterian. Oleh itu berusahalah kita seberapa yang boleh untuk
menjadi "ibu mithali, isteri sejati".


http://www.iluvislam.com/tazkirah.html

Pada suatu hari nabi Nuh berdoa,"Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka telah mendurhakai-ku, 
dan telah mengikuti orang-orang yang harta dan anak-anaknya tidak menambah kepadanya
 melainkan kerugian belaka,  dan melakukan
 tipu-daya yang amat besar.
Dan mereka berkata: "Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu 
dan jangan  pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan pula suwaa',
 yaghuts, ya'uq dan nasr". Dan sesudahnya mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia);
 dan janganlah Engkau tambahkan bagi
 orang-orang yang zalim itu selain kesesatan."